Friday, February 22, 2008

22 Feb 2008 (Friday)

aku tulis blog ni dah pkol 11.30 pm....cam ngantuk sgt. tadi buat assignment skit.tp dah tak larat..so, update le blog skit sebelum tido. pagi tadi last orientation kat uni. pkol 8.30 am aku n abg duan dah gerak. sebelum program start, kami p breakfast (coffee + roti) kat paciso.....sambil borak2. abg duan hari ni ada induction utk jadi tutor sem ni kat uni..terror gak dia tu. masa dalam dewan tu, abg duan ada call nak ajak balik..tp aku tak boleh balik lagi sbb program tak habis....program habis pkol 11 am. aku balik umah dengan abg nuar...dlm otw nak balik aku terserampak kereta GEN 2 parking kat uni...bangga siott sbb ada kereta malaysia kat sini.

hari ni adalah hari jumaat....so, pertama kali aku solat jumaat kat sini. kami solat di masjid omar. masjid tu dekat je dengan umah..ramai gak org yang p solat jumaat. di samping itu juga, aku boleh jumpe pelajar senior malaysia yang lain...borak2..best gak. x le rasa keseorangan diperantau....hari ni aku update blog jer....oic lupa plak..aku kemas katil n meja study tadi.

petang tadi aku n abg duan masak telur + sayur campur ala2 western...hehehhe...boleh gak aku belajar dari dia.kami makan sama2 bertemankan kicap cap kipas udang (kicap malaysia)...lepas makan cam biasa le aku kemas dapur n cuci pinggan..haaaaaaaaaaaaaa

sblh malam aku spend masa nak buat assignment wajib ut postgraduate...tp ada 6 minggu lagi baru hantar..just nak buat skit..lagi pun assignment tu tak susah sgt..

ok le kawan2...mata aku dah tak tahan nak tido ni. mlm ni nak tido awal sbb esok ada rombongan nak p sydney..jalan2.nanti aku ambik gambar banyak utk tetapan kawan2.

No comments: