Sunday, February 24, 2008

23 Feb 2008 (Saturday)


assalamualaikum kawan2...
hari ini berterabur skit...nak p sydney katakan. janji nak kumpul kat North Wollongong train station pkol 7.00 pagi. aku n abg duan bangun pkol 6.30 pagi. bukan main kalut lagi sebab takut lambat.mandi pun ala2 kadar je.hehehehhe...lepas minum neslo, kami pun bergerak menuju ke station...kami terlambat skit sampai sana pkol 7.02 pagi. tetapi yg hampa betul kami le org pertama yang datang. cewahhhhhh...kira ok le kan. sementera nak tgu diorang, kami beli tiket dulu. kat sini ticket train pun ada package. kami decide nak ambik package yg dikenali sebagai "Day Tripper" yang bernilai $ 22.40. Package ni cover train pergi dan balik, dan transport kat sydney (bus, feri n train dalam syndey). selesai je beli tiker, baru perasan yang kak atiqah pun dah sampai gak. tadi tak nampak dia. kiranya dia datang lebih awal skit....train yang sepatutnya kami naik ialah pkol 7.15 am, tetapi geng2 lain tak sampai lagi...tak lama kemudian kak aisyah dan kak suzana pun sampai. yang bestnya diorang bawa nasi goreng....diorang pun offer nak makan nasi tu. aku n abg duan pun tak tolak rezeki...makan jer le. tiba2 train dah sampai...budak2 ni tak sampai lagi...so terlepas le train tu...so, kami plan naik train pkol 7.50 am...setelah budak2 tu sampai...kami pun bergambar2. perjalanan dalam train mengambil masa 1 jam lebih..

setelah sampai di station central, kami jalan area2 sydney. salah satu kawasan yang kami lawati ialah market city..kat sini boleh beli macam2 kira cam CM and Petaling kat kl le..semasa kat Market City, aku beli kasut nak pakai p U. Murah gak $ 38 dan cantik...so, aku plan nak beli barang2 yang nak bawa balik malaysia nanti time aku dah nak habis nak beli utkkawan2. di samping itu gak, kami p Darling Habour. Spend lama skit kat sana utk ambik gambar2. Kawan2 nak tau kat sini pun ada cina town. dah penat berposing kat sana kami p makan kat kedai restoran cina (halal beb)...makan ayam dan kambing pinggan besar...makan ramai2. banyak gak kawasan yang kami pegi..tp aku tak ingat nama le. maklum le org baru kan. setelah selesai kat Darling Habour, kami berpatah balik ke Central utk ambik train ketempat opera house. excited beb nak tgok sendiri opera house tu...perjalanan dari station ke sana tak le jauh sgt....3 stations camtu. nasib kami baik sbb kali ni kapal queen victoria landing kat sydney..besor siotttt. tp kami tak sempat nak tgok kapal queen elizebeth.....kapal tu sampai esok. banyak gambar2 kenangan kat kawasan opera house, kapal queen victoria n syndey. nikmati le gmbr2 kat bawah ni...kt sini gak kami jalan2 atas laut naik feri..just nak tgok sekitar bandar syndey..memang cantik.tp panas gak walaupun sejuk2 kuku camtu.hehehhehe...pengalaman yang tak boleh dilupakan adalah bersolat di atas rumput kat taman area syndey. maklum le kat sini takde masjid....kami bersolat berganti2 diatas rumput. rasa terharu gak....kami berjalan2 area sydney sampai petang....sebelum solat maghrib kami makan McDonald, tetapi makan Fish je (ayam n daging tak halal). selepas makan kami solat depan universiti teknologi sydney..solat kat luar dan ambik air wuduk kat toilet McD.....jam dah dekat pkol 9.oo pm, kamu pun berpatah balik menuju ke central nak balik ke wollongong...train kami pkol 9.40 dan sampai di north wollongong pkol 11.30 pm...semesa dalam train nak balik tu, diorang smua dah tertido. hanya aku, abg duan and abg nuar jer yang borak2 ilmiah skit....seronok gak. ok le, cukup utk hari ni.....gambar2 kat sydney tgok jer slideshow tu....

No comments: